The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

DOM INDUSTRIES TERUS JALIN KERJASAMA BERSAMA SELANGOR 2020

Mar 03, 2020 - FAS

Entiti korporat yang berprofil tinggi di Malaysia, Dom Industries diumumkan sebagai rakan strategik rasmi bagi skuad Red Giants untuk musim 2020.

Syarikat korporat ini tidak asing lagi bagi skuad Red Giants kerana telah menjadi memainkan peranan yang sama sejak musim lalu.

Dom Industries adalah syarikat peneraju dalam menguatkuasakan kontrak kerja tempatan dan antarabangsa, pemerolehan dan membaik pulih sistem janakuasa dan peralatan untuk pasaran Malaysia dan luar negara. Syarikat Bumiputra ini juga terlibat dalam pelbagai bidang lain seperti telekomunikasi dan IT, pencahayaan lampu, sistem perlindungan lonjakan kuasa dan pembinaan rel keretapi.

Menurut Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon kerjasama strategik bersama syarikat korporat ini adalah perkara yang perlu dicontohi kerana mempromosikan kebersamaan dan gaya hidup sihat.

“FA Selangor bersyukur dan berbangga dengan kerjasama bersama Dom Industries. Entiti ini telah menjadi rakan strategik yang banyak membantu pasukan Selangor sejak musim lalu. Dengan kerjasama ini, diharapkan lebih ramai rakyat Malaysia, khususnya di Selangor yang akan mula berminat dan bermain bola sepak,” tambah Johan.

Pengarah Urusan Dom Industries, Puan Noorfazliyani Dato’ Mustafa Kamal juga senada dalam menyuarakan pendidirian syarikat berkenaan bersama Red Giants.

“Untuk meneruskan kerjasama strategik bersama pasukan bola sepak ini terbesar di Lembah Klang adalah satu perkara yang mengujakan. Kami yakin kerjasama ini mampu memberikan impak positif kepada kedua-dua jenama. Kami juga berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh pengurusan Selangor.”

FA Selangor mengucapkan terima kasih kepada Dom Industries atas kepercayaan yang diberikan untuk memajukan bola sepak negeri Selangor selain mengharapkan agar lebih banyak badan korporat untuk tampil untuk sama-sama mengembalikan kembali zaman kegemilangan bola sepak Selangor.